Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
18 Ogos 2018 - TITAH PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA DATO LAILA UTAMA JOKO WIDODO, PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA, BERSEMPENA DENGAN ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA YANG KE-73


Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Tuan Yang Terutama, Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia,


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


Beta dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama dan Kerajaan serta rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-73.


Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha menghargai layanan baik dan mesra yang telah diberikan oleh Tuan Yang Terutama dan Datin Ibu Hajah Iriana semasa Lawatan Negara Beta berdua ke Republik Indonesia pada bulan Mei lalu. Beta percaya lawatan tersebut telah mengukuhkan lagi tali persahabatan yang erat dan bermakna di antara kedua-dua buah negara dan seterusnya yakin kita akan terus bekerjasama untuk mengembangluaskan lagi hubungan ini demi kepentingan rakyat dan Negara masing-masing.


Beta juga mengalu-alukan perjumpaan kita semasa Mesyuarat ASEAN leaders' Gathering pada bulan Oktober nanti. Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tuan Yang Terutama, Datin Ibu Hajah Iriana' serta Kerajaan dan seluruh rakyat Republik Indonesia akan sentiasa dalam perlindungan-Nya jua.


WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 





Attachments
Back to Top