Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
16 Mei 2018 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT TUN DATO LAILA UTAMA DR. MAHATHIR MOHAMAD DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-7

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifudien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam


Kepada:  Yang Amat Berhormat, Tun Dato Laila Utama Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Malaysia


Yang Amat Berhormat,


ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


Dengan sukacita Beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan Tun sebagai Ahli Parlimen Langkawi pada Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-14 dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

kecemerlangan yang dicapai adalah mercu tanda kepercayaan rakyat untuk Tun kembali menerajui Kerajaan Malaysia. Beta percaya di bawah kepimpinan Tun, kesejahteraan rakyat akan terus terjamin dan Malaysia akan sentiasa menikmati kestabilan dan keharmonian. Beta juga yakin persahabatan yang erat serta hubungan kerjasama dua hala yang sangat baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia akan terus terpelihara dan diperkukuhkan lagi demi kepentingan dan kemakmuran rakyat kedua-dua buah negara.

Beta berdo'a Kehadhrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tun dan Tun Datin Dr. Siti Hasmah serta keluarga sentiasa dalam keadaan sihat wal'afiat dan di dalam pemeliharaan-Nya.


WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH



SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top