Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
7 Ogos 2018 - PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA DIATAS KEJADIAN GEMPA BUMI YANG MELANDA LOMBOK, NUSA TENGGARA BARAT


Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Tuan Yang Terutama, Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia


Tuan Yang Terutama,


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN


Beta turut berdukacita mendengar berita mengenai gempa bumi yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.


Beta berserta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Tuan Yang Terutama serta Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada keluarga-keluarga mangsa gempa bumi.


Beta berharap agar keluarga mangsa akan terus tabah dan bersabar dalam menghadapai musibah ini dan berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh-roh mangsa.


WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top